Alhamdulillah harini lunch McD dengan cik ad.
Rezeki yg tidak disangka harini. syukur banyak2 kepada Allah atas rezeki ini.
Tengah hari plan nak pergi mess lunch but then mizi text ajak pi mess.
So okay i wait. dia nk mandi dulu. plan aku nk pi 12.30 so dapat pergi masjid.
yelah rugi semalam balik badminton sambung mamak dah pukul 2 baru nk tdio.
subuh memang kelaut lah. rugi tahajjud tak dapat, 2 rakaat before subuh pun tak dapat.
Always think bout this lately. for what i do this and that but rugi untuk akhiratku.
Okay-okay so aku pun tunggu dia till azan. haaa azan. tengok diorang kat rumah pun
takde buat apa, tengok video game Mobile Legends tu. kalau boleh buat duit takpa lagi.
so i decided to go myself jelah mess tu nanti. kejar zohor dulu.
Sungguh tidak kusangka, jumpa cik ad kat masjid klang gate nih. saf depan tu!
alhamdulillah he become my new idola sekarang. usahawan yg mukmin dan dermawan.
Pas solat nak bangun nampak dia, solat kejap baadiah. then bawa pergi mcd lunch. huhu
And we talk a lot! good insights too.
1- Amanah bila buat kerja. bawak barang berjuta-juta, nak amik satu dua pun orang tak tau,
tak nampak and tak effect pun. tapi we choose to be amanah. kalau nak kita minta.
Implikasinya,: urusniaga dipercayai, trust gained!
2- Buat bisnes dengan orang yg soleh orang yg solat. Even kalau kau nk beli semua produk aku,
tapi kau tak solat, aku taknak buat bisnes dengan kau! whoaa i'm amazed kejap tadi.
Tak goyang iman dengan tawaran kontrak bisnes, duit jutaan, wanita dan lain-lain.
3- Biasakan sedekah diwaktu senang mahupun susah! kalau nak tunggu kaya nanti baru sedekah,
belum tentu akan sedekah, ketika itu tamak dan kedekut menguasai diri dikaburi harta dunia.
Kedekut pun perlu tapi mesti kena pada tempatnya. Jangan diri sendiri yg merana berlapar,
terjejas kesihatan dan sebagainya.
4- Buat beberapa jenis sumber pendapatan! create it don't wait for it. bisnes, melabur.
Dalam kesibukan mencari dunia, akhirat wajib dijaga. sampai waktu solat,
drop everything and sahut seruan tersebut. inshaAllah keberkatan dan keredhaan yg kita kejar.
5- Apabila dapat hasil, buat kira-kira. berapa yg sepatutnya kita zakatkan.
Usah tunggu setahun sekali baru nak keluarkan zakat. supaya orang yg memerlukan pun
dapat turut sama meningkatkan kualiti hidup, ekonomi mereka. Sebab kita nak sucikan rezeki.
Kita dapat untuk dunia, kita melabur juga untuk akhirat. Sedekah, zakat. asingkan terus apabila
dapat duit. Sila amalkan yg ni.
6- Dalam berurusniaga, bersederhana. Boleh je nak cepat kaya, markup tinggi-tinggi. tapi,
cik ad baik hati, dia nak bantu orang buat bisnes juga. Betul cakap dia, dia deal dengan tauke kut.
Dia bukan bodoh, dia pun cerdik juga macam kita buat bisnes. kalau kita markup tinggi-tinggi.
Bukan dia tak boleh cari yg lain yg lebih murah. tapi dia utamakan strong relationship and trust.
7- Tak rugi rendah diri dan berkawan dengan semua orang. Buang ego, sombong, pangkat dan harta.
Kita pandang seseorang tu macam ni : Dia hamba Allah, aku juga hamba Allah.
put anything else aside. inshaAllah. kita ikhlas dalam berkawan dan berurusniaga.
Syukur harini aku dipertemukan dengannya dan belajar sedikit sebanyak ilmu pengurusan kewangan,
bisnes dan akhiratku. moga dimurahkan rezeki cik ad
Rorr
DeveloperCras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:
Post a Comment