Bertemu dan Berpisah kerana Allah

by June 07, 2019 0 comments
Semalam, 7 Jun 2019, maghrib.

tiba-tiba aku mendapat satu txt yang panjang.

Assalamualaikum, u. First thing first. Selamat hari raya. I minta ampun dan maaf dekat u, sepanjang kita kenal, sehingga ke hari ni, banyak dosa dan silap salah i dekat u, dosa i buat dekat u atau dengan u, i minta ampun dan maaf. Sepanjang perkenalan kita, banyak pengorbanan yang u lakukan untuk i, tak tertulis, tak terkira, tak terkata, dan tak mampu untuk dibalas. I mohon dihalalkan segalanya, bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki i. Sama ada makanan u belanja, wang ringgit, kebendaan, semuanya. If i ada hutang dengan u, dan u nak tuntut, u bgtahu i, i akan langsaikan. I choose today, friday, as i need to say something. I nak jujur dengan u. I xnak simpan dah. Hari kita gaduh haritu, u suruh i solat taubat. I did it. And then i realized, how bad i am, dragging you into sins, do bad things, dosa besar yang Allah akan ampunkan jika hambanya betul² bertaubat. Jadi, i minta Allah pelihara diri u dari perkara² yang x baik, lindungi u dari insan² yang x mampu bawa u ke arah kebaikan. I minta maaf, i cuba untuk simpan, tapi Allah lagi berkuasa. Puas i cuba tipu hati ni, tapi Allah pujuk untuk i tak tarik u kepada dosa lagi. Jaga hati dan diri u ya sayang. I undur diri. I doa dan masih doa u dijodohkan dengan wanita yang baik, tinggi maruahnya, tinggi imannya, kuat agamanya. Seboleh mungkin i doa agar kita masih dijodohkan bersama, namun jika Allah tetapkan yang lebih baik, siapalah kita untuk melawan takdir. Masa depan u cerah, sayang. Peliharalah ia. Banggakan kedua ibu bapa u. Susah untuk i luahkan semua ni. Tapi semakin hari i tunggu u, semakin i rasa tersisih, terluka. Tp i masih cuba rawat. I doakan untuk u sentiasa, untuk kita. I doa kejayaan yg cemerlang buat u, untuk u berbakti kpd orang tua u, kepada agama u, kepada org² yang memerlukan pertolongan u. I sentiasa doakan u. I harap u maafkan i, untuk keputusan yg i buat. I nak u tenang, i xnak bebankan u lagi, xnak u rasa terkongkong dengan i, cukup u jaga hati u, hati kedua ibu bapa u. Doa i andai jodoh kita berkekalan, walaupun jauh mana kita terpisah satu hari nanti, kita tetap kembali. I rasa ini yang terbaik buat u. Banyak malam i x boleh tidur lena fikir semua. Timbang tara i terhadap kehidupan u, surrounding u, family u, kawan² u. I dah fikir. I dah minta petunjuk Allah. Ini yg terbaik. Salam maghrib u.

Begitulah text daripada my dear Nur Najihah Nisa.

Kemudian ku balas juga dengan txt yg panjang. mixed feelings:

Salam maghrib jiha. I pun minta maaf dari hujung rambut i hingga hujung kaki ini. Segala makan minum i yg u bagi mohon u halalkan. Segala kekurangan i mohon diampunkan. Segala yg u minta namun atas kelemahan i xdpt nk tunaikan, ampunkan juga jiha. I pun sayang u, jauh di hati i, penyesalan yg amat, menangis di sejadah sebab i rasa x aman berbuat maksiat. I pun tak boleh nk undo things, tp hikmah itu utk org yg berfikir, akan kebesaranNya. Cannot be undone but to learn from it. Aib kita masih Allah jaga. Sebutkan dosa2 yg dilakukan dan mohon keampunanNya. Selitkan nama i sekali u. I doakan utk u juga. Maafkan i bawa u ke jalan yg salah. Mengajar u terus menerus melakukan dosa. PenyesaIan yg amat dan menghantui diri i. Berbaktilah kpd ibu bapa kita agar hidup kita berkat pd umurnya, rezekinya dan diampunkan dosa2 kita. Tiada daya dan upaya i melainkan dgn pertolongan Allah. Tingkatkan takwa mu syg, itulah perisai kita org beriman. Teruskan mencari keredhaanNya dlm setiap aktiviti kita. I redha dgn keputusanMu dan i yakin Allah yg menggerakkan hatimu sbb i x mampu nk berkata begini kt u i rasa i lembut sgt x sanggup nk lukakan hati u kalau i yg ckp cmtu. I respect dan redha pilihan u. Allah sygkan kita diberi kesedaran, tak dibiarkan kita terus hanyut. doakan jalan yg kita ambil ni, sebagai hijrah kita, ke arah yg lebih baik. Mengenali diri dan Tuhannya dgn lebih baik. I maafkan segalanya n i lafazkan tiap kali before i tidur. I halalkan segala hutang org dgn i dan i x berkira kira dengannya. Semoga kita dipertemukan lagi Najihah, berkasih sayang kerana Allah, agar kita pun mendapat ketenangan hidup dunia akhirat.

Begitulah nampaknya perpisahan kami. aku dengan hati yg tenang dan redha akan perpisahan ini. Semoga masing2 mencari petunjuk ilahi dan mencari keredhaanNya.

Sebelum-sebelum ini Jiha memang tercabar egonya, tercabar kesabarannya, emosi dan jelousy dia. Aku memang most of the time dengan kawan-kawan medik ku, Badrul, Hamizi, Aishah dan Najihah.
Time puasa haritu gaduh juga pasal aku keluar berbuka dengan Aishah, Najihah dan Soso.
Well aku tak pernah ada hati dengan diorang ni tapi difikirkan begitu pula. They are just my friends.

Until then pun dia tengok main badminton sama, dikorek juga kisah aku time previous birthday tak bagitau plan dan pergi tgk game badminton sekali. Then hiking pun dengan geng2 ni juga. Dan yg terbaru lah rasanya aku keluar beraya on the first day bawak Najihah dan Badrul. Pergi ke rumah masing-masing. Itulah kut yg menguji dirinya.

From my side, raya ni memang aku nak menghubungkan silaturrahim kami sahabat. Berkunjung ke rumah diorang, bertemu ibu ayahnya dan adik beradiknya. Syukur baik semuanya. Niat ku ini ku pohon moga diberkati Allah.

Kemudian, text ini pun aku dapat time maghrib semalam. Lately since raya tu dia nampak sangat avoid texting me. Cuba tenangkan hati ke, marah ke, geram ke.. tidak ku tanya in details. Dah kalau text pun sepatah2 je jawapannya and lama pulak tu tunggu. kalau ikutkan tak sabar ni dah membebel and marah dah, that could be worse. ayat aku ni kalau marah smua orang sakit hati dengar. maybe aku akan cakap haa text esok pagi jelah. satu hari satu text ke kalau bizi sangat.

tapi ku sabar juga. selalu ingat balik ceramah ustaz adi hidayat akan bersabar ini. Selalu dicari yang oppositenya. jika terasa marah, ingatkan lawannya iaitu sabar. kerana itu kita sedang diuji. Terus kita detect dan react accordingly. hehe.

So harini terasa rindu dekat Nur Najihah Nisa, terasa bezanya. kalau before ni even dia menyakitkan hati text punyalah slow nk balas and conversation yg before2 diabaikannya. tapi kali ni aku terasa kesunyian pulak phone ini. sabarlah wahai hati. Tiap kali rindu berdoalah, agar dipertemukan lagi dengan keadaan yg lebih baik. Bertemu dan berkasih sayang kerana Allah. cukuplah bermaksiat dan menderhakaiNya. tak berasa aman hati ini. hilang keberkatan hidup kalau nak diteruskan begini.

Ya Allah ampuni daku dan Najihah, dosa-dosa yg kami lakukan. ibu bapa sepatutnya kami dahulukan dan berbakti kepada mereka. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolonganMu yaa Rabb.

Rorr

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment