Cukuplah Allah bagiku

by June 18, 2019 0 comments
Petang tadi lepas berlari yg tak seberapa harini, dapatlah Alhamdulillah 5.9km
Berlari sikit, berjalan sikit tu pun sebab serempak dengan Aishah.

Balik tu ada lah dalam pukul 7, and soalan yang sama! makan mana dinner
Balik tu terus cepat-cepat siap ke masjid kejar maghrib. Sementara tu juga txt baru masuk.
Terkejut juga aku tak pernah-pernah text haslina tetiba dia nak tanya something tapi risau aku marah.
Semoga Allah lindungi daku dan dirinya haslina ini daripada sifat marah.

Rupanya dia concern pasal aku dengan najihah. Sungguh kami telah clash.
Dan aku tetapkan hatiku, berpisah kerana Allah, ada jodoh kita bertemu lagi.

Terus ini berita Allah sampaikan melalui haslina. Dia dah dating dengan ex ina nih.
Semoga dirinya bahagia. lindungilah Najihah ini ya Allah, ampunkan dia dan dekatkan dia ya Allah kepadaMu. Tunjukkan dia akan jalan menujuMu.



takpa simpan saja gambarnya. hatiku merinduinya juga kadang kala teringat tapi ku tahan dari texting dirinya. Ku harapkan kamu terus berusaha sampai berjaya dan graduate on time dan menjadi YO. Gembirakan kedua ibubapa mu, jadilah anak yg solehah. Amiin.


Then malam tu Allah datangkan sahabat-sahabatku dinner bersama.
Jiha yang daripada tadi tido. Aishah dan Hamizi dan Harahap yg oncall.
Syukur ya Allah kami dapat dinner bersama. Kemudian datang pula pakcik Ad again!
semoga Allah memberkati urusannya. Amiin.

Petang tadi kelas posponed pukul 2. So teruslah balik Saville.
Sempat lah dengar sekejap webinar Zulle Razak berkenaan market harini.
Entah macam mana penat sangat rasanya, terus ku tidur dan terjaga pukul 5
itu pun sebab nightmare!
Mimpiku asalnya mengusir tikus dalam rumah. sungguh ku terasa di tanganku suam2 rasanya memegang tikus dalam genggaman.
Kemudian ku bermimpi berkenaan ular. Ular yg ku tangkap dan ku usir keluar.
Dan ku campakkannya keluar kemudian seekor lagi datang. mungkin menangkapku lalu terjaga aku dari tidurku. Terus kemudian aku siap-siap utk berlari.



Rorr

Developer

Cras justo odio, dapibus ac facilisis in, egestas eget quam. Curabitur blandit tempus porttitor. Vivamus sagittis lacus vel augue laoreet rutrum faucibus dolor auctor.

0 comments:

Post a Comment